Kerjaya kelab Nikica Jelavić

Kerjaya awal

Jelavić telah dilahirkan di Čapljina, Republik Sosialis Bosnia and Herzegovina, SFR Yugoslavia dan memulakan kerjaya remajanya ketika menyertai kelab tempatan GOŠK Gabela, yang bermain di sistem liga Bosnia. Kerjayanya menjadi lebih serius apabila beliau berpindah ke kelab Croatia, NK Neretva yang diketuai oleh Branko Gutić.

Hajduk Split

Beliau telah ke kelab remaja Hajduk Split pada usia 15 tahun.

Beliau bermain bola sepak untuk perlawanan pertama bersama pasukan senior Hajduk ketika berusia 17 tahun. Semasa bermain untuk Hajduk, beliau mengalami banyak kecederaan yang menghalangnya untuk membuat lebih banyak penampilan untuk skuad. Selepas beliau pulih dari kecederaan, beliau memasuki pemain regular Hajduk yang beraksi Prva HNL 2006–07. Beliau hanya menjaringkan lima gol dan beliau dijangka akan berpindah ke kelab lain.

Zulte Waregem

Pada Julai 2007, Jelavić mendantangani sebuah kontrak untuk bersama kelab Liga Pro Belgium, Zulte Waregem.[3] Ketika satu musimnya di kelab, beliau menjaringkan tiga gol daripada 23 penampilan.

Rapid Wien

Jelavić bersama Rapid Wien.

Pada Julai 2008, Jelavić sertai juara Austria, SK Rapid Wien. Dalam musim 2008–09, beliau bermain sebanyak 24 perlawanan dan menjaringkan 7 gol. Dalam musim 2009–10, beliau bermain sebanyak 33 perlawanan dengan menjaringkna 18 gol sambil menerima lima kad kuning dan satu kad merah. Dalam perlawanan Liga Europa, beliau bermain sebanyak enam perlawanan dan menjaringkan enam gol sambil membuat satu hantaran.

Pada musim panas 2010, Jelavić telah dikaitkan dengan perpindahan ke Rangers. Bayaran pemindahan kemudian dipersetujui kedua-dua kelab ini pada 26 Julai,[4] tetapi pemindahan itu telah ditangguhkan akibat pertikaian antara pemain dan Rapid Wien atas sebab Jelavic mendakwa kelab itu sedang berhutang.[5] Pada 19 Ogos, Rapid mengumumkan bahawa Jelavić telah menandatangani kontrak bersama Rangers, selepas pemain itu tidak bermain untuk Rapid dalam perlawanan kelayakan Liga Europa menentang Aston Villa.[6][7]

Rangers

Pada 20 Ogos 2010, Jelavić melengkapkan perpindahan ke Rangers dengan kontrak selama empat tahun dan bayaran sebanyak 4 juta.[8] Beliau membuat debut untuk Rangers ketika menentang St. Johnstone pada 28 Ogis 2010.[9]

Pada 11 September, Jelavić menjaringkan gol pertamanya untuk Rangers ketika menentang Hamilton Academical selepas beliau menanduk masuk dari hantaran Kyle Lafferty.[10] Pada 21 September, Jelavić bermain menentang Dunfermline Athletic dalam saingan piala liga, dengan menjaringkan dua gol termasuk membuat sepakan gunting ketika Rangers menang besar 7-2.[11] Dalam perlawanan seterusnya menentang Aberdeen, Jelavić menjaringkan gol kemenangan buat Rangers, 3-2. Rangers ketinggalan 2–0 kemudian Rangers bangkit Jelavić menyelamatkan maruah Rangers dengan menjaringkan gol ketiga. Beliau telah tercedera selepas menerima asakan dari pemain Ian Black, lalu Black meminta maaf atas kekasarannya tadi.

Jelavić memulakan perlawananya sejak beliau tercedera pada 26 Januari 2011 menentang Hibernian.[12] Jelavić menjaringkan hatrick pertamanya untuk Rangers ketika menang besar 6–0 ke atas Motherwell pada 12 Februari 2011. Pada 20 Mac 2011, Jelavić menjaringkan gol kemenangan buat Rangers pada masa tambahan ketika menang tipis 2-1 ke atas Celtic dalam perlawanan akhir Piala Liga Scotland 2011.[13] Jelavić menerima anugerah "SFA Goal of the Season" selepas menjaringkan gol cantik ketika menentang Aberdeen.[14] Jelavić menamatkan musim musim 2010–11 dengan menjaringkan 19 gol daripada 27 penampilan, beliau menjadi penyerang terhebat daripada mana-mana penyerang di Scotland.

Pada 22 Julai 2011, sehari sebelum perlawanan pembukaan musim Rangers menentang Heart of Midlothian, Jelavić telah dilaporkan menyarung jersi nombor sembilan untuk musim 2011–12, beliau sebelum ini menyarung jersi nombor 18. Pada 30 Ogos 2011, Rangers telah menolak pembidaan sebanyak £6.5juta dari kelab Football League Championship, Leicester City untuk Jelavić.[15] Jelavić menjaringkan gol pertamanya di pentas Eropah untuk Rangers pada 3 Ogos 2011 ketika seri 1–1 menentang Malmö dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara UEFA.[16] Jelavić kemudian meninggalkan Rangers dengan menjaringkan keseluruhan 36 gol daripada 55 penampilan dalam semua kejohanan.

Everton

Pada 31 Januari 2012, Jelavić menandatangani kontrak emapt tahun setengah bersama Everton dengan bayaran sebanyak £5 juta.[17][18] Beliau membuat debut untuk Everton beberapa hari kemudian, ketika separuh masa kedua, beliau menggantikan Denis Stracqualursi, keputusannya seri 1-1 menentang Wigan Athletic.[19] Pada 10 Mac 2012, Jelavić menjaringkan gol pertamanya untuk Everton, keputusannya Everton menang tipis 1–0 hasil jaringan Jelavić menentang Tottenham Hotspur.[20] Gol pertama Jelavić di Piala FA ketika menentang Sunderland, 2-0 dalam peringkat suku akhir.[21] Jelavić menjaringkan gol pembukaan Everton ketika tewas 2–1 kepada kelab jiran Liverpool, dalam saingan separuh akhir Piala FA.

Jelavić menjaringkan gol sebanyak dua kali ketika seri 4–4 menentang Manchester United, beliau menjadi pemain Everton pertama menjaringkan gol dalam lima perlawanan berturut-turut sejak Duncan McKenzie pada musim 1977–78.[22] Beliau juga menjaringkan dua gol ketika menentang Fulham, beliau menjadi pemain yang paling pantas untuk mencapai 10 gol di Everton sejak Tom Browell pada tahun 1912.[23] Jelavić telah dinamakan sebagai Pemain Bulanan Liga Perdana Inggeris pada bulan April 2012, dan beliau menjadi pemain Croatia pertama menerima anugerah ini.[24] Jelavić menjaringkan gol ke-11 untuk Everton ketika menentang Newcastle United pada hari terakhir musim dan menamatkan musim 2011-12 sebagai penjaring terbanyak Everton di liga dan keseluruhan.[25]

Jelavić memulakan musim 2012–13 dengan menjaringkan gol ketika menentang Aston Villa,[26] Southampton,[27] Wigan Athletic, Sunderland, Tottenham Hotspur dan Cheltenham Town, tetapi aksinya menurun dan Victor Anichebe telah digunakan sebagai penyerang utama Everton bagi separuh kedua musim ini.[28] Dalam musim 2013-14, apabila Romelu Lukaku telah dipinjam ke Everton, Jelavic tidak lagi menjaringkan gol sehingga beliau menjaringkan dua gol ketika menentang Queen Park Rangers pada pusingan ketiga Piala FA.[29] Walaupun pengurus Everton Roberto Martínez enggan untuk menjual pemain Croatia itu, Jelavic mencari perpindahan ke Hull City untuk cuba bermain bola sepak pasukan pertama lebih awal daripada Piala Dunia.[30] Kurang daripada seminggu kemudian, Everton menerima bidaan dari Hull.[31]

Hull City

Musim 2013–14

Pada 15 Januari 2014, Jelavić menandatangani sebuah kontrak selama tiga tahun setengah bersama Hull City dengan bayaran yang tidak didedahkan.[32] Gol pertamanya ketika Hull menang besar, 4-0 ke atas Cardiff City pada 22 Februari 2014. Beliau menjaringkan gol akhirnya pada musim itu ketika seri 2–2 menentang Fulham pada 26 April 2014. Beliau menghabisan musim pertamanya di Hull dengan menjaringkan 4 gol daripada 14 penampilan untuk Liga Perdana.

Musim 2014–15

Jelavić yang baru pulang dari aksi Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil akan beraksi bersama rakan rapat, Shane Long. Beliau menjadi pemain gantian dalam 3 perlawanan Hull City di Liga Europa, sekali menentang AS Trenčín dan dua kali menentang KSC Lokeren. Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Jelavić memulakan 5 perlawanan Hull dengan menjaringkan tiga gol, gol tersebut ialah ketika seri 1–1 menentang Stoke City, tewas 2–1 kepada Aston Villa dan seri 2-2 menentang Newcastle United.

Rujukan

WikiPedia: Nikica Jelavić http://www.croatiantimes.com/news/Sports/2010-08-1... http://www.evertonfc.com/first-team-stats-2011/12 http://www.evertonfc.com/news/archive/2012/01/31/j... http://www.evertonfc.com/news/archive/2012/04/30/j... http://soccernet.espn.go.com/quotes?id=340284&cc=5... http://soccernet.espn.go.com/report/_/id/313121?cc... http://soccernet.espn.go.com/report/_/id/325781?cc... http://soccernet.espn.go.com/report/_/id/334189?cc... http://soccernet.espn.go.com/report/_/id/334196?cc... http://soccernet.espn.go.com/report/_/id/334205?cc...